SOALAN LAZIM PENERBIT UiTM
-
Berapakah royalti yang diberikan kepada penulis?​
Penulis mendapat royalti daripada harga buku dijual. Selain daripada royalti penulis juga layak mendapat diskaun sebanyak untuk membeli buku sendiri. Buku yang dibeli dengan diskaun 40% tidak akan mendapat royalti.
2. Apakah syarat-syarat bagi manuskrip diterbitkan?​
Karya akan dinilai terlebih dahulu. Aspek penilaian adalah daripada segi kandungan, gaya bahasa, dan tidak ketinggalan potensi jualan/kebolehpasaran dan sasaran pembaca. Semua karya yang ingin diterbitkan juga perlu memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran, memberi faedah kepada masyarakat, mencerminkan kepakaran staf, dan kecemerlangan serta kebitaraan universiti.
3. Adakah editor layak mendapat royalti?​
Editor tidak layak mendapat royalti. Walau bagaimanapun, mereka layak mendapat diskaun pembelian.
4. Adakah pembeli lain layak mendapat diskaun?
Diskaun diberikan sebanyak 10%-20% akan diberikan kepada pembeli yang mengunjungi kedai buku Penerbit UiTM. Diskaun sebanyak 20%-80% pula boleh didapati jika Penerbit UiTM membuat jualan luar.
5. Adakah sebarang kos yang dikenakan terhadap penulis?
Buat masa ini tiada sebarang kos dikenakan kepada penulis. Segala kos akan ditanggung oleh Penerbit UiTM kerana Penerbit UiTM akan menerbitkan secara e-book sahaja. Buku yang akan diterbitkan secara fizikal (bercetak) adalah buku yang mempunyai geran (dibeli semula) dan juga buku yang mempunyai bajet dari fakulti/jabatan. Buku-buku ini akan dibeli semula (buy back) oleh penulis.
6. Berapakah tempoh masa manuskrip siap diterbitkan?
Tempoh penerbitan sesebuah manuskrip ialah 12-18 bulan selepas manuskrip lengkap diterima.
7. Bagaimana dengan copyright dan ISBN no?
Buat masa ini tiada sebarang kos dikenakan kepada penulis. Segala kos akan ditanggung oleh Penerbit UiTM kerana Penerbit UiTM akan menerbitkan secara e-book sahaja. Buku yang akan diterbitkan secara fizikal (bercetak) adalah buku yang mempunyai geran (dibeli semula) dan juga buku yang mempunyai bajet dari fakulti/jabatan. Buku-buku ini akan dibeli semula (buy back) oleh penulis.
8. Adakah manuskrip yang dihantar perlu disemak baca terlebih dahulu?
Semua manuskrip yang dihantar untuk diterbitkan perlu disunting bahasa terlebih dahulu. Mohon sertakan surat atau e-mel dari penyunting bahasa sebagai bukti manuskrip tersebut telah diedit bahasa.
9. Adakah terbitan secara e-book akan mengambil masa yang sama dengan terbitan secara fizikal?
Ya. Masa dan proses menerbitkan buku secara e-book adalah sama dengan buku fizikal.
10. Adakah boleh terbitkan prosiding di bawah Penerbit UiTM?
Penerbit UiTM tidak lagi menerbitkan prosiding dan abstrak sejak tahun 2011. Ini kerana Penerbit memberi keutamaan pada buku-buku teks serta buku-buku yang diguna pakai oleh pelajar-pelajar di dalam kelas.
11. Sekiranya sudah mohon ISBN (bukan diuruskan oleh Penerbit UiTM), bolehkah terbitkan buku di bawah Penerbit UiTM?
Jika buku tersebut ingin diterbitkan dengan Penerbit UiTM, Penerbit UiTM yang akan menguruskan permohonan ISBN bagi buku tersebut.
12. Berapakan minimum cetakan untuk sebuah buku?
Minimum jumlah cetakan ialah sebanyak 200 naskhah. Walau bagaimanapun, berbalik kepada persetujuan bersama penulis bagi tujuan beli semula (buy back). Sekiranya buku dicetak sedikit, harga buku tersebut akan menjadi mahal.
13. Bagaimana sekiranya buku itu tidak habis dijual?
Bermula tahun 2021, semua terbitan adalah dalam bentuk e-book. Buku yang akan diterbitkan secara fizikal (bercetak) adalah buku yang mempunyai geran (dibeli semula) dan juga buku yang mempunyai bajet dari fakulti/jabatan. Buku-buku ini akan dibeli semula (buy back) oleh penulis.
14. Adakah jenis e-book juga menggunakan konsep buy back?
Tiada konsep buy back untuk ebook. Penulis akan mendapat free access untuk ebook yang telah diterbitkan.
15. Adakah Penerbit UiTM membantu untuk menjalankan promosi buku?
Ya. Penerbit UiTM akan mempromosikan buku-buku yang telah diterbitkan di laman web Penerbit UiTM, Instagram, Telegram, Facebook dan juga melalui e-mel UiTM.
16. Adakah rekaan muka depan (cover page) boleh direka sendiri oleh penulis?
Penerbit UiTM yang akan menyediakan reka bentuk kulit untuk sesebuah buku yang akan diterbitkan. Namun begitu, penulis boleh memberikan cadangan atau reka bentuk sendiri yang akan dibawa je Mesyuarat Eksekutif Penerbit UiTM untuk sebarang keputusan.
17. Di manakah buku-buku terbitan Penerbit UiTM boleh dibeli?
Untuk buku-buku fizikal terbitan Penerbit UiTM, boleh didapati di :
-
Kedai buku Penerbit UiTM
Waktu Operasi:
Masa: Isnin – Jumaat (8.30 pagi hingga 5.00 petang)
Tempat: Bangunan Keusahawanan UiTM Shah Alam.
Manakala e-book pula boleh didapati di :
18. Di mana saya boleh mendapatkan info tentang Penerbit UiTM?